Sesiapa yang menzalimi walau sejengkal

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من ظلم شبرا فما فوقه، كلف أن يحمله يوم القيامة حتى يبلغ الماء ثم يحمله إلى المحشر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menzalimi walau sejengkal atau suatu yang lebih daripadanya, dia akan dipertanggungjawabkan untuk memikulnya pada hari kiamat sehingga sampai kepada air. Kemudian dia akan memikulnya sehingga ke mahsyar.

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 640, hadis nombor 3319. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر جداً بذكر: «جملة الماء») عن يعلى بن مرة -رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «من ظلم شبرا فما فوقه، كلف أن يحمله يوم القيامة حتى يبلغ الماء، ثم يحمله إلى المحشر». [طب، «الضعيفة» (6760)].

(Sangat Munkar dengan lafaz air) Daripada Ya’la bin Murrah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang menzalimi walau sejengkal atau suatu yang lebih daripadanya, dia akan dipertanggungjawabkan untuk memikulnya pada hari kiamat sehingga sampai kepada air. Kemudian dia akan memikulnya sehingga ke mahsyar." [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6760].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.