Sesiapa yang menyusahkan ke atas umatku dalam menuntut hutang

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من شدد على أمتي في التقاضي إذا كان معسرا شدد الله عليه في قبره.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang menyusahkan ke atas umatku dalam menuntut hutang apabila saudaranya dalam kesusahan, maka Allah akan menyusahkannya di dalam kubur.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 85, hadis nombor 71. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


قال في الذيل: في سنده الطايكاني اختلقه وشيخه كذاب.

Al-Suyuthi berkata dalam al-Zail: Pada sanadnya terdapat perawi yang mereka hadith palsu bernama al-Thaikani dan gurunya juga seorang pendusta.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs