Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang menyusahkan ke atas umatku dalam menuntut hutang

Teks Bahasa Arab

حديث: من شدد على أمتي في التقاضي إذا كان معسرا شدد الله عليه في قبره.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang menyusahkan ke atas umatku dalam menuntut hutang apabila saudaranya dalam kesusahan, maka Allah akan menyusahkannya di dalam kubur.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 85, hadis no. 71. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في الذيل: في سنده الطايكاني اختلقه وشيخه كذاب.

Al-Suyuthi berkata dalam al-Zail: Pada sanadnya terdapat perawi yang mereka hadith palsu bernama al-Thaikani dan gurunya juga seorang pendusta.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.