Sesiapa yang menyuruh kepada perkara makruf

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من أمر بمعروف، فليكن أمره بمعروف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menyuruh kepada perkara makruf, maka jadikanlah suruhannya itu dengan cara baik.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2002, hadis nombor 10041. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن عبد الله بن عمرو -رضي الله عنهما -، قال: قال رسول اللہ ﷺ: من أمر بمعروف، فليكن أمره بمعروف.
[هب، ((الضعيفة)) (2097)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abdullah Ibn Amr RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menyuruh kepada perkara makruf, maka jadikanlah suruhannya itu dengan cara baik.
[Riwayat al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2097)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.