Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن أمرَ بمعروفٍ، فليَكُن أمرُهُ بمعروفٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menyuruh kepada perkara makruf, maka jadikanlah suruhannya itu dengan cara baik.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2002, hadis no. 10041. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عبد الله بن عمرو -رضي الله عنهما -، قال: قال رسول اللہ ﷺ: من أمر بمعروف، فليكن أمره بمعروف. [هب، ((الضعيفة)) (2097)]
(Sangat Lemah) Daripada Abdullah Ibn Amr RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menyuruh kepada perkara makruf, maka jadikanlah suruhannya itu dengan cara baik. [Riwayat al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2097)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman