Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من لقمَ أخاهُ لقمةَ حلواءَ، ولم يكن ذلك مخافةً من شرِّهِ، ولا رجاءً لخيرِه؛ صرف اللهُ عنه سبعين بلوى في القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menyuapkan saudaranya dengan sesuap manisan, dan tidaklah ia dilakukan kerana takut dengan kejahatannya, dan tidak pula mengharapkan balasan kebaikan daripadanya, Allah akan akan menghindarkannya daripada 70 jenis musibah pada hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2061, hadis no. 10354. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك رضي الله عنه ، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من لقم أخاه لقمة حلواء، ولم يكن ذلك مخافة من شره، ولا رجاء لخيره؛ صرف الله عنه سبعين بلوى في القيامة. [خط، ((الضعيفة)) (6196)]
(Palsu) Daripada Anas bin Mālik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menyuapkan saudaranya dengan sesuap manisan, dan tidaklah ia dilakukan kerana takut dengan kejahatannya, dan tidak pula mengharapkan balasan kebaikan daripadanya, Allah akan akan menghindarkannya daripada 70 jenis musibah pada hari kiamat. [Riwayat al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam al-Tārīkh. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6196]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman