Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang menyuapkan saudaranya

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: من لقم أَخَاهُ لقْمَة حلوى صرف الله عَنهُ مرَارَة الْموقف.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Sesiapa yang menyuapkan saudaranya satu suapan manisan, Allah SWT akan mengalihkan daripadanya kegetiran padang mahsyar.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 201, hadis no. 624. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

أورده ابن القيم في الموضوعات.

Ibn al-Qayyim menyenaraikannya dalam hadis-hadis palsu.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.