Sesiapa yang menyisir rambut dan janggutnya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من سرح رأسه ولحيته بالمشط في كل ليلة عوفي من أنواع البلاء وزيد في عمره.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang menyisir rambut dan janggutnya dengan sikat pada setiap malam, dia akan dilindungi dari pelbagai bencana, dan ditambahkan usianya.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 198, hadis nombor 12. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه ابن حبان عن أبي بن كعب مرفوعا وقال: موضوع.
وقد أخرجه أبو نعيم في تاريخ أصبهان وقال: منكر [بمرة] وأخرجه الدارقطني في غرائب مالك وقال: موضوع.
وروى ابن عدي عن عائشة مرفوعا من امتشط قائما ركبه الدين وهو موضوع.
وروى ابن حبان عن ابن عباس مرفوعا من أدمن على حاجبه بالمشط عوفي من البلاء وقال: موضوع.
وروى الخطيب: لا يأخذ أحدكم من طول لحيته ولكن من الصدغين وفي إسناده: كذاب وهو إبراهيم بن الهيثم البلدي وقال في الميزان: وثقه الدارقطني والخطيب .

Ibn Hibban meriwayatkannya daripada Ubai Bin Ka‘ab secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW), dan dia berkata: Hadith ini palsu.
Abu Nu’aim meriwayatkannya di dalam kitabnya Tarikh Asbahan, dan dia berkata: Hadith ini munkar (terlalu lemah).
Al-Daraqutni meriwayatkannya dalam kitab Ghara’ib Malik, dan dia berkata: Hadith ini palsu.
Ibn ‘Adi meriwayatkan daripada Aisyah secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesiapa yang menyikat rambut secara berdiri, dia akan menanggung hutang”, dan ia adalah palsu.
Ibn Hibban meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesiapa yang suka menyikat bulu keningnya dengan sikat, dipelihara dari segala bencana”, dan dia berkata: Hadith ini palsu.
Al-Khatib meriwayatkan: Janganlah salah seorang dari kamu memotong dari panjang janggutnya tetapi dari dua pelipisnya, dan pada sanadnya terdapat perawi yang pembohong iaitu Ibrahim Bin al-Haitham al-Baladi sedangkan al-Zahabi berkata dalam kitab al-Mizan: Al-Daraqutni dan al-Khatib menilainya thiqah (dipercayai).


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs