Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: من سرح رأسه ولحيته بالمشط في كل ليلة عوفي من أنواع البلاء وزيد في عمره.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Sesiapa yang menyisir rambut dan janggutnya dengan sikat pada setiap malam, dia akan dilindungi dari pelbagai bencana, dan ditambahkan usianya.
Sahabat Perawi
- Ubai bin Ka'ab RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 198, hadis no. 12. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ibn Hibban meriwayatkannya daripada Ubai Bin Ka‘ab secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW), dan dia berkata: Hadith ini palsu. Abu Nu’aim meriwayatkannya di dalam kitabnya Tarikh Asbahan, dan dia berkata: Hadith ini munkar (terlalu lemah). Al-Daraqutni meriwayatkannya dalam kitab Ghara’ib Malik, dan dia berkata: Hadith ini palsu. Ibn ‘Adi meriwayatkan daripada Aisyah secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesiapa yang menyikat rambut secara berdiri, dia akan menanggung hutang”, dan ia adalah palsu. Ibn Hibban meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesiapa yang suka menyikat bulu keningnya dengan sikat, dipelihara dari segala bencana”, dan dia berkata: Hadith ini palsu. Al-Khatib meriwayatkan: Janganlah salah seorang dari kamu memotong dari panjang janggutnya tetapi dari dua pelipisnya, dan pada sanadnya terdapat perawi yang pembohong iaitu Ibrahim Bin al-Haitham al-Baladi sedangkan al-Zahabi berkata dalam kitab al-Mizan: Al-Daraqutni dan al-Khatib menilainya thiqah (dipercayai).
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman