Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من حازَ شيئًا عشرَ سنينَ؛ فَهوَ لَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menyimpan sesuatu selama sepuluh tahun, maka ia miliknya.
Sahabat Perawi
- Sa'id bin al-Musayyib
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 797, hadis no. 4105. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سعيد بن المسيب يرفع الحديث إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من حاز شيئاً عشر سنين؛ فهو له)). [ابن وهب في ((موطئه))، ((الضعيفة)) (4853)]
(Lemah) Daripada Sa‘īd bin al-Musayyib secara marfū‘ (hadis disandarkan) kepada Rasulullah SAW: Sesiapa yang menyimpan sesuatu selama sepuluh tahun, maka ia miliknya. [Riwayat Ibn Wahb dalam Muwaṭṭa’nya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4853]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman