Sesiapa yang menyibukkan diri kepada Allah

TEKS BAHASA ARAB

من انقطع إلى الله،كفاه الله كل مؤنة، ورزقه من حيث لا يحتسب، ومن انقطع إلى الدنيا وكله الله إليها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menyibukkan diri kepada Allah, Allah akan memberikannya kecukupan dan memberikannya rezeki yang tidak disangka-sangka. Sesiapa yang menyibukkan diri dengan dunia, Allah akan menyerahkannya kepada dunia.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 640, hadis nombor 3318. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمران بن حصين -رضي الله عنه-، قال: قال ﷺ : «من انقطع إلى الله، كفاه الله كل مؤنة، ورزقه من حيث لا يحتسب. ومن انقطع إلى الدنيا، وكله الله إليها». [طس، طه، خط، هي، أبو الشيخ، الشجري، ابن أبي الدنيا في «الفرج»، الأصبهاني، الضعيفة (6854)].

(Lemah) Daripada Imran bin Husain RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang menyibukkan diri kepada Allah, Allah akan memberikannya kecukupan dan memberikannya rezeki yang tidak disangka-sangka. Sesiapa yang menyibukkan diri dengan dunia, Allah akan menyerahkannya kepada dunia.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Saghir, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman, Abu al-Syaikh, al-Syajari dalam al-Amali, Ibn Abi al-Dunya dalam al-Faraj, al-Asbahani dalam al-Targhib wa al-Tarhib. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6854]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs