Sesiapa yang menyiapkan kelengkapan orang yang mahu berperang sehingga dia mampu berdikari, maka baginya pahala sepertinya sehinggalah dia mati atau pulang

TEKS BAHASA ARAB

من جهز غازيا في سبيل الله حتى يستقل؛ كان له مثل أجره حتى يموت أو يرجع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menyiapkan kelengkapan orang yang mahu berperang sehingga dia mampu berdikari, maka baginya pahala sepertinya (yakni seperti orang yang pergi berperang itu) sehinggalah dia mati atau pulang.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 888, hadis nombor 4553. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمر بن الخطاب -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من جهز غازيا في سبيل الله حتى يستقل؛ كان له مثل أجره حتى يموت أو يرجع)). [هـ، ع، ((الضعيفة)) (4582)].

(Lemah)
Daripada Umar bin al-Khattab RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesiapa yang menyiapkan kelengkapan orang yang mahu berperang sehingga dia mampu berdikari, maka baginya pahala sepertinya (yakni seperti orang yang pergi berperang itu) sehinggalah dia mati atau pulang.”
[Riwayat Ibn Majah dalam Sunan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4582].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs