Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن جَهَّزَ غازيًا في سبيلِ اللَّهِ حتَّى يستقلَّ، كانَ لَهُ مثلُ أجرِهِ، حتَّى يموتَ أو يرجعَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menyiapkan kelengkapan orang yang mahu berperang sehingga dia mampu berdikari, maka baginya pahala sepertinya (yakni seperti orang yang pergi berperang itu) sehinggalah dia mati atau pulang.
Sahabat Perawi
- Umar bin al-Khattab RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 888, hadis no. 4553. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Umar bin al-Khattab RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesiapa yang menyiapkan kelengkapan orang yang mahu berperang sehingga dia mampu berdikari, maka baginya pahala sepertinya (yakni seperti orang yang pergi berperang itu) sehinggalah dia mati atau pulang.” [Riwayat Ibn Majah dalam Sunan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4582].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman