Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ مَسَّ صنماً، فَلْيَتَوَضَأْ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menyentuh berhala, maka hendaklah dia berwuduk.
Sahabat Perawi
- Buraidah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1222, hadis no. 6226. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن بريدة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من مس صنما، فليتوضأ. [البزار، العطار في ((المنتقى من حديثه))، حب، ((الضعيفة)) (6422)].
(Munkar) Daripada Buraidah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menyentuh berhala, maka hendaklah dia berwuduk. [Riwayat al-Bazzar, al-'Attar dalam al-Muntaqa Min Hadithihi, Ibn Hibban. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6422].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman