TEKS BAHASA ARAB
إذا لعن آخر هذه الأمة أولها، فمن كتم حديثا، فقد كتم ما أنزل الله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila golongan terakhir daripada umat ini melaknat golongan awal (pertama), maka sesiapa yang menyembunyikan satu hadith, dia telah menyembunyikan apa yang diturunkan oleh Allah.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1315, hadis nombor 6712. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا)
عن جابر رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: إذا لعن آخر هذه الأمة أولها، فمن كتم حديثا، فقد كتم ما أنزل الله.
[هـ، تخ، ابن أبي عاصم، الداني في ((الفتن))، ابن بطة، عد، خط، عق، ابن عساكر، عبد الغني المقدسي في ((العلم))، ((الضعيفة)) (١٥٠٧)].
(Sangat Lemah)
Daripada Jabir RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Apabila golongan terakhir daripada umat ini melaknat golongan awal (pertama), maka sesiapa yang menyembunyikan satu hadith, dia telah menyembunyikan apa yang diturunkan oleh Allah.
[Riwayat Ibn Majah, al-Bukhari dalam al-Tarikh, Ibn Abi 'Asim, al-Dani dalam al-Fitan, Ibn Battah, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa', al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, al-'Uqaili, Ibn 'Asakir, 'Abd al-Ghaniy al-Maqdisi dalam al-'Ilm. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1507].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.