Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ كَتَمَ شَهَادَةً إِذَا دُعِيَ كَانَ كَمَن شَهِدَ بالزُّورِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menyembunyikan persaksian bila diminta adalah seperti orang yang memberikan persaksian palsu.
Sahabat Perawi
- Abu Musa al-Asy’ari RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 774, hadis no. 3962. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي موسى الأشعري - رضي الله عنه - مرفوعا: ((من كتم شهادة إذا دعي كان كمن شهد بالزور)). [طس، ((الضعيفة)) (1267)].
(Lemah) Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang menyembunyikan persaksian bila diminta adalah seperti orang yang memberikan persaksian palsu. [Riwayat Al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 1267].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman