Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من كَتمَ على غالٍّ ؛ فَهوَ مثلُهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menyembunyikan orang yang meninggikan harga barang, maka dia sama sepertinya.
Sahabat Perawi
- Samurah bin Jundub RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 116, hadis no. 603. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سمرة رضي الله عنه مرفوعا: من كتم على غال فهو مثله. [عد، ابن عساكر، الضعيفة (5502)]
(Daif) Daripada Samurah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW) : Sesiapa yang menyembunyikan orang yang meninggikan harga barang, maka dia sama sepertinya. [Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil dan Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5502]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman