Sesiapa yang menyembelih binatang korban dalam keadaan berihram dan bertalbiah sehingga matahari terbenam

TEKS BAHASA ARAB

من أضحى يوما ‌محرما ‌ملبيا حتى غربت الشمس؛ غربت بذنوبه كما ولدته أمه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menyembelih binatang korban dalam keadaan berihram dan bertalbiah sehingga matahari terbenam, maka ia terbenam dengan dosa-dosanya seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 763, hadis nombor 3895. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن جابر بن عبد الله -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من أضحى يوما ‌محرما ‌ملبيا حتى غربت الشمس؛ غربت بذنوبه كما ولدته أمه)).
[حم، حل، ه، عق، الخطيب في ((الموضح)) ((الضعيفة)) (6832)]

(Munkar) Daripada Jabir bin Abdullah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menyembelih binatang korban dalam keadaan berihram dan bertalbiah sehingga matahari terbenam, maka ia terbenam dengan dosa-dosanya seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya.
[Riwayat Musnad Ahmad, Abu Nu'aim dalam al-Hilyah al-Awliya’, Sunan Ibn Majah, al-Uqaili dalam al-Dhu'afa’ al-Kabir dan al-Khatib dalam al-Muwaddhih. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6832]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs