Sesiapa yang menyembah Allah SWT dalam keadaan jahil

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: من عبد اللّه بجهل كان ما يفسد أكثر ممّا يصلح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang menyembah Allah SWT dalam keadaan jahil, maka perkara yang merosakkan adalah lebih banyak daripada kebaikan yang dia lakukan.

STATUS

Bukan Hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 290, hadis nombor 67. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لم يوجد مرفوعا، وقد روى من كلام بعض السلف.

Tidak ada hadith yang marfu’ yang ditemui berkenaan perkara ini. Akan tetapi, ia datang daripada ucapan sebahagian salaf.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.