Sesiapa yang menyelitkan tombak pada tunggangannya di jalan Allah

TEKS BAHASA ARAB

من اعتقل رمحاً في سبيل الله عقله الله من الذنوب يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menyelitkan tombak pada tunggangannya di jalan Allah, nescaya Allah menahannya daripada dosa-dosa pada hari kiamat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1005, hadis nombor 5176. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: من اعتقل رمحا في سبيل الله؛ عقله الله من الذنوب يوم القيامة. [حل، الضعيفة (4556)].

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang menyelitkan tombak pada tunggangannya di jalan Allah, nescaya Allah menahannya daripada dosa-dosa pada hari kiamat. [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 4556].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs