Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من اعتقل رمحاً في سبيل الله عقله الله من الذنوب يوم القيامة.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menyelitkan tombak pada tunggangannya di jalan Allah, nescaya Allah menahannya daripada dosa-dosa pada hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1005, hadis no. 5176. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: من اعتقل رمحا في سبيل الله؛ عقله الله من الذنوب يوم القيامة. [حل، الضعيفة (4556)].
(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang menyelitkan tombak pada tunggangannya di jalan Allah, nescaya Allah menahannya daripada dosa-dosa pada hari kiamat. [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 4556].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman