Sesiapa yang menyeksa benda hidup, maka baginya laknat Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من مثل بذي حياة؛ فعليه لعنة الله والملائكة والناس أجمعين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menyeksa benda hidup, maka baginya laknat Allah, para malaikat dan keseluruhan manusia.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 412, hadis nombor 2218. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمر – رضي الله عنهما – رفعه: «من مَثَّلَ بِذِي حياةٍ؛ فعليه لعنةُ اللهِ والملائكةِ والناسِ أجمعينَ». [محمد بن محمد البزار في «حديث أبي عمرو والدقاق»، «الضعيفة» (4663)].

(Lemah) Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA, beliau menjadikannya marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sesiapa yang menyeksa benda hidup, maka baginya laknat Allah, para malaikat dan keseluruhan manusia". [Riwayat Muḥammad bin Muḥammad al-Bazzār dalam Hadith Abi ‘Amr wa al-Daqqāq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4663].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.