Sesiapa yang menyebut selamat datang kekasih

TEKS BAHASA ARAB

من قال حين سمع أشهد أن محمدا رسول الله مرحبا بحبيبي وقرة عيني محمد بن عبد الله صلى الله عليه وسلم ثم يقبل إبهاميه ويجعلهما على عينيه لم يعمى ولم يرمد أبدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menyebut selamat datang kekasih dan penyejuk mataku Muhammad Bin Abdullah SAW kemudian mencium ibu jari dan meletaknya di kedua matanya ketika mendengar laungan أشهد أَن مُحَمَّدًا رَسُول الله maka dia tidak akan buta dan tidak akan rosak matanya selama-lamanya.

STATUS

(Terdapat perawi yang tidak dikenali pada sanadnya)

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 34. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

روى بسند فيه من لم أعرفه عن محمد بن البابا أنه هبت ريح فوقعت منه حصاة في عينه وأعياه خروجها وآلمته أشد الألم فقال ذلك عند سماع المؤذن فخرجت الحصاة من فوره فقال الرداد وهذا يسير في جنب فضائله. وحكي عن البعض من صلى على النبي صلى الله عليه وسلم إذا سمع ذكره في الأذان وجمع إصبعيه المسبحة والإبهام وقبلهما ومسح بهما عينيه لم يرمد أبدا. قال ابن صالح وسمع عن بعض الشيوخ أنه يقول عندما يمسح عينيه صلى الله عليك يا رسول الله يا حبيب قلبي ويا نور بصري ويا قرة عيني قال ومذ فعلته لم ترمد عيني وقد جرب كل منهم ذلك وروى الحسن مثل ما روي عن الخضر عليه السلام بعينه.

Ia diriwayatkan dengan sanad yang mana di dalamnya terdapat perawi yang aku tidak kenali daripada Muhammad al-Baba bahawa ketika mana angin bertiup kencang dan ada batu kecil yang terkena mata beliau. Dia tidak mampu mengeluarkannya dan ia menyebabkan beliau sakit yang keterlaluan. Maka beliau menyebut doa tersebut ketika mendengar laungan muazin. Lalu batu tersebut keluar dari mata beliau dengan segera. al-Raddad berkata: Ini adalah perkara kecil dari sudut kelebihan yang ada padanya.
Sebahagian yang lain menceritakan sesiapa yang selawat ke atas Nabi SAW ketika mendengar azan dan menyebut ucapan yang telah disebutkan. Kemudian meletakkan secara bersama jari telunjuk dan ibu jari dan mencium jari-jari tersebut serta menyapunya di kedua-dua matanya, dia tidak akan sakit mata selama-lamanya.
Ibn Saleh berkata dan beliau mendengar daripada sebahagian masyaikh bahawa beliau berkata ketika beliau menyapu kedua-dua matanya: “Allah memberikan memberikan rahmat ke atas Engkau wahai Rasulullah. Kekasih hatiku, cahaya dan penyejuk mataku.” Beliau berkata: Semenjak aku lakukannya, mata aku tidak pernah sakit.
Kesemua mereka telah mencuba perkara yang sedemikian. Ia juga diriwayatkan daripada al-Hasan sepertimana yang diriwayatkan daripada Khidir AS.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs