Mawquf Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ قَالَ عِنْدَ [كُلِّ] عَطْسَةٍ يَسْمَعُهَا: الحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ عَلَى كُلِّ حَالٍ مَا كَانَ؛ لَمْ يَجِدْ وَجَعَ الضِّرْسِ وَلَا الأُذُنِ أَبَدًا.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menyebut pada setiap kali dia mendengar bersin: Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam atas setiap keadaan yang berlaku, maka dia tidak akan merasakan sakit gigi dan juga sakit telinga buat selamanya.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Mawquf Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 238, hadis no. 1246. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Mawquf Daif) Daripada ‘Ali RA beliau berkata: Sesiapa yang menyebut pada setiap kali dia mendengar bersin: Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam atas setiap keadaan yang berlaku, maka dia tidak akan merasakan sakit gigi dan juga sakit telinga buat selamanya. [Riwayat Ibn Abi Syaibah dalam Musannaf, al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad dan al-Hakim dalam Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6138]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman