Sesiapa yang (menyebabkan) seseorang memeluk Islam di tangannya

TEKS BAHASA ARAB

من أسلم على يديه رجل وجبت له الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang (menyebabkan) seseorang memeluk Islam di tangannya, maka wajiblah (dia masuk) syurga.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 11. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في الخلاصة «من أسلم على يديه رجل وجبت له الجنة» قال الصغاني موضوع. وفي اللآلئ إذ فيه محمد بن معاوية غير ثقة لكن تبعه سعيد بن كثير وهو ثقة. وفي الوجيز قلت وثقه أحمد وغيره.

Dalam kitab Al-Khulasah, "Sesiapa yang (menyebabkan) seseorang memeluk Islam di tangannya, maka wajiblah (dia masuk) syurga”. Al-Saghani berkata ia adalah palsu. Dalam kitab Al-La’ali menyebutkan bahawa dalam sanadnya terdapat Muhammad Bin Mu’awiyah yang merupakan seorang perawi yang tidak thiqah, namun ia disokong dengan riwayat Sa’id Bin Kathir yang merupakan perawi yang thiqah. Dalam kitab Al-Wajiz, aku berkata Imam Ahmad dan yang lainnya menyebut bahawa Sa’id adalah perawi yang thiqah.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs