Sesiapa yang menyampaikan pesanan daripada pejuang di medan perang kepada keluarganya atau tulisan keluarganya kepadanya

TEKS BAHASA ARAB

من ‌بلغ ‌الغازي إلى أهله أو كتاب أهله إليه، كان له بكل حرف فيه عتق رقبة، وأعطاه الله كتابه بيمينه وكتب له براءة من النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menyampaikan pesanan daripada pejuang di medan perang kepada keluarganya atau tulisan keluarganya kepadanya, dia akan mendapat bagi setiap huruf daripadanya seumpama membebaskan hamba. Allah akan memberikan buku catatan amalannya dengan tangan kanannya dan menuliskan baginya pembebasan daripada api neraka.

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 694, hadis nombor 3564. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن معاذ بن جبل -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ‌((من ‌بلغ ‌الغازي إلى أهله أو كتاب أهله إليه، كان له بكل حرف فيه عتق رقبة، وأعطاه الله كتابه بيمينه وكتب له براءة من النار)). [هب، الحاكم في ((التاريخ))، ((الضعيفة)) (٦٨٣٥)]

(Sangat Munkar) Daripada Mu‘ādh bin Jabal RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menyampaikan pesanan daripada pejuang di medan perang kepada keluarganya atau tulisan keluarganya kepadanya, dia akan mendapat bagi setiap huruf daripadanya seumpama membebaskan hamba. Allah akan memberikan buku catatan amalannya dengan tangan kanannya dan menuliskan baginya pembebasan daripada api neraka. [Riwayat al-Baihaqī dalam Shu‘ab al-Īmān, al-Ḥākim dalam Tārīkh al-Ḥākim. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6835]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs