Sangat Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من بَلَّغَ الغازِي إلى أهلِه أو كتابَ أهلِهِ إليهِ، كانَ لهُ بكلِّ حرفٍ فيهِ عتقُ رقبةٍ، وأعطاهُ اللهُ كتابَه بيمينِه وكَتَبَ لهُ براءةً من النارِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menyampaikan pesanan daripada pejuang di medan perang kepada keluarganya atau tulisan keluarganya kepadanya, dia akan mendapat bagi setiap huruf daripadanya seumpama membebaskan hamba. Allah akan memberikan buku catatan amalannya dengan tangan kanannya dan menuliskan baginya pembebasan daripada api neraka.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 694, hadis no. 3564. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جدا) عن معاذ بن جبل -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((من بلغ الغازي إلى أهله أو كتاب أهله إليه، كان له بكل حرف فيه عتق رقبة، وأعطاه الله كتابه بيمينه وكتب له براءة من النار)). [هب، الحاكم في ((التاريخ))، ((الضعيفة)) (٦٨٣٥)]
(Sangat Munkar) Daripada Mu‘ādh bin Jabal RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menyampaikan pesanan daripada pejuang di medan perang kepada keluarganya atau tulisan keluarganya kepadanya, dia akan mendapat bagi setiap huruf daripadanya seumpama membebaskan hamba. Allah akan memberikan buku catatan amalannya dengan tangan kanannya dan menuliskan baginya pembebasan daripada api neraka. [Riwayat al-Baihaqī dalam Shu‘ab al-Īmān, al-Ḥākim dalam Tārīkh al-Ḥākim. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6835]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman