TEKS BAHASA ARAB
من أسرج في مسجد سراجا لم تزل الملائكة تصلي عليه ما دام في السراج قطرة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang menyalakan pelita di sebuah masjid, nescaya para malaikat akan sentiasa berselawat ke atasnya selama mana pada pelita itu masih ada titisan (minyak).
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 361, hadis nombor 1925. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: «مَن أَسْرَجَ في مسجدٍ سِراجًا لم تَزَلِ الملائكةُ تصلي عليه ما دام في السِّرَاجِ قَطْرَةٌ». [أبو الحسن الحمامي في «الفوائد المنتقاة»، «الضعيفة» (1169)].
(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sesiapa yang menyalakan pelita di sebuah masjid, nescaya para malaikat akan sentiasa berselawat ke atasnya selama mana pada pelita itu masih ada titisan (minyak)". [Diriwayatkan oleh Abu al-Hasan al-Hammami dalam al-Fawa’id al-Muntaqah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1169].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.