Palsu
4 minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن أَسْرَجَ في مسجدٍ سِراجًا لم تَزَلِ الملائكةُ تصلي عليه ما دام في السِّرَاجِ قَطْرَةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menyalakan pelita di sebuah masjid, nescaya para malaikat akan sentiasa berselawat ke atasnya selama mana pada pelita itu masih ada titisan (minyak).
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 361, hadis no. 1925. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: «مَن أَسْرَجَ في مسجدٍ سِراجًا لم تَزَلِ الملائكةُ تصلي عليه ما دام في السِّرَاجِ قَطْرَةٌ». [أبو الحسن الحمامي في «الفوائد المنتقاة»، «الضعيفة» (1169)].
(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sesiapa yang menyalakan pelita di sebuah masjid, nescaya para malaikat akan sentiasa berselawat ke atasnya selama mana pada pelita itu masih ada titisan (minyak)". [Diriwayatkan oleh Abu al-Hasan al-Hammami dalam al-Fawa’id al-Muntaqah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1169].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman