TEKS BAHASA ARAB
من أسرج في مسجد من مساجد الله بسراج، لم تزل الملائكة وحملة العرش يستغفرون له؛ ما دام في ذلك المسجد ضوء من ذلك السراج.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang menyalakan pelita di satu masjid daripada masjid-masjid Allah, nescaya para malaikat dan penanggung Arasy sentiasa memohon keampunan untuknya, selagi mana ada cahaya di masjid itu daripada pelita tersebut.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 361, hadis nombor 1926. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعا: «من أسرج في مسجد من مساجد الله بسراج لم تزل الملائكة وحملة العرش يستغفرون له؛ ما دام في ذلك المسجد ضوء من ذلك السراج». [محمد بن عثمان بن أبي شيبة في «كتاب العرش»، «الضعيفة» (1168)].
(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sesiapa yang menyalakan pelita di satu masjid daripada masjid-masjid Allah, nescaya para malaikat dan penanggung Arasy sentiasa memohon keampunan untuknya, selagi mana ada cahaya di masjid itu daripada pelita tersebut". [Riwayat Muhammad bin ‘Uthman bin Abi Shaybah dalam Kitab al-'Arasy. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1168].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.