Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: "مَنْ آذَى ذِمِّيًّا فَأَنَا خَصْمُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ."
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Sesiapa yang menyakiti orang kafir zimmi, maka aku adalah musuhnya pada hari kiamat kelak.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 213, hadis no. 31. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قيل: موضوع، وقال العراقي: له طرق.
Dikatakan hadith ini palsu. Al-‘Iraqi berkata: bagi hadith ini terdapat pelbagai jalan riwayatnya.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman