TEKS BAHASA ARAB
من ستر على مؤمن عورة فكأنما أحيا ميتا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang menutup keaiban seorang mukmin, maka seakan-akan dia menghidupkan orang yang mati.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 43, hadis nombor 172. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن شهاب – رضي الله عنه – أنه سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((من ستر على مؤمن عورة فكأنما أحيا ميتا)).
[طب، ((الضعيفة)) (2808)]
(Lemah) Daripada Shihāb RA bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menutup keaiban seorang mukmin, maka seakan-akan dia menghidupkan orang yang mati.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, Abū Nu‘aym dalam al-Ma‘rifah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2808]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.