Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ ستر على مؤْمِنٍ عوْرَةً فكأنَّما أحيا ميْتًا.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menutup keaiban seorang mukmin, maka seakan-akan dia menghidupkan orang yang mati.
Sahabat Perawi
- Shihāb RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 43, hadis no. 172. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن شهاب - رضي الله عنه - أنه سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((من ستر على مؤمن عورة فكأنما أحيا ميتا)). [طب، ((الضعيفة)) (2808)]
(Daif) Daripada Shihāb RA bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menutup keaiban seorang mukmin, maka seakan-akan dia menghidupkan orang yang mati. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, Abū Nu‘aym dalam al-Ma‘rifah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2808]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman