Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من ختم عملَه، فلم يرضخ لقرابتِه ممن لم يرِثُه؛ ختم عملَه بمعصيةٍ. قال ابنُ مسعودٍ: {اقرأوا إن شئتم وَإِذَا حَضَرَ الْقِسْمَةَ أُولُوْا الْقُرْبَى...} الآيةُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menutup amalannya, namun tidak tunduk kepada kaum kerabatnya yang tidak mewarisinya, amalannya akan ditutup dengan maksiat.” Ibn Mas’ud berkata: Bacalah jika kamu mahu: “Dan apabila kerabat (yang tidak berhak mendapat pusaka)..
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas’ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 809, hadis no. 4168. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عبد الله بن مسعود –رضي الله عنه- قال: قال رسول الله –صلى الله عليه وسلم-: ((من ختم عمله، فلم يرضخ لقرابته ممن لم يرثه؛ ختم عمله بمعصية)). قال ابن مسعود: اقرأوا إن شئتم: {وإذا حضر القسمة أولو القربى...} الآية. [ابن جميع في ((معجم الشيوخ))، ((الضعيفة)) (5689)].
(Munkar) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menutup amalannya, namun tidak tunduk kepada kaum kerabatnya yang tidak mewarisinya, amalannya akan ditutup dengan maksiat. Ibn Mas’ud berkata: Bacalah jika kamu mahu: “Dan apabila kerabat (yang tidak berhak mendapat pusaka).” [Riwayat Ibn Jumai’ dalam Mu’jam al-Syuyukh. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5689]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman