TEKS BAHASA ARAB
حديث: من تعلم وهو شاب، كان بمنزلة رسم في حجر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith : Sesiapa yang menuntut ilmu ketika muda, maka ia seperti tulisan yang terdapat pada batu.
STATUS
Tidak Sahih
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 275, hadis nombor 12. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
روى عن ابن عباس من طرق، ولا يصح.
Riwayat daripada ibn Abbas melalui beberapa jalan riwayat, tetapi ia tidak sahih.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.