Sesiapa yang menunjukkan rasa cintanya kepada manusia

TEKS BAHASA ARAB

من تحبب إلى الناس بما يحبونه، وبارز الله بما يكره، لقي الله تعالى وهو عليه غضبان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menunjukkan rasa cintanya kepada manusia dengan melakukan apa yang mereka cintai dan bermusuh dengan Allah dengan melakukan sesuatu yang Allah benci, dia akan bertemu Allah dalam keadaan Allah memurkainya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2078, hadis nombor 10424. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عصمة بن مالك وأبي هريرة – رضي الله عنهما -، قالا: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من تحبّبَ إلى الناس بما يحبّونه، وبارز الله بما يكره، لقي الله -تعالى- وهو عليه غضبان.
[طب، طس، ((الضعيفة)) (2645، 3987،6654)]

(Palsu)
Daripada ‘Uṣmah bin Mālik dan Abū Hurairah RA, mereka berdua berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menunjukkan rasa cintanya kepada manusia dengan melakukan apa yang mereka cintai dan bermusuh dengan Allah dengan melakukan sesuatu yang Allah benci, dia akan bertemu Allah dalam keadaan Allah memurkainya.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu’jam al-Kabīr dan al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2645, 3987, 6654]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs