TEKS BAHASA ARAB
من مشى عن ناقة عقبة، كان له عدل رقبة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang menunggang seekor unta bergilir-gilir (dengan orang lain) maka baginya ganjaran seperti memerdekakan seorang hamba.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 441, hadis nombor 2362. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن الوضين: إن رسول الله ﷺ قال: ((من مشى عن ناقة عقبة، كان له عدل رقبة)). [أبو داود في ((المراسيل))، ((الضعيفة)) (6543)].
(Munkar)
Daripada al-Wadhin: Sesungguhnya Rasulullah SAW berkata: Sesiapa yang menunggang seekor unta bergilir-gilir (dengan orang lain) maka baginya ganjaran seperti memerdekakan seorang hamba.
[Riwayat Abu Daud dalam al-Marasil. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6543].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.