TEKS BAHASA ARAB
من أدى زكاة ماله، فقد أدى الحق الذي عليه، ومن زاد فهو أفضل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang menunaikan zakat hartanya, maka dia telah menunaikan hak (yang wajib) ke atasnya, dan sesiapa yang menambah lagi (bersedekah) maka ia lebih baik.
STATUS
Sangat Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 869, hadis nombor 4445. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن الحسن عن النبي -صلى الله عليه وسلم- قال: ((من أدى زكاة ماله، فقد أدى الحق الذي عليه، ومن زاد فهو أفضل)). [أبو داود في ((المراسيل))، هق، ((الضعيفة)) (1568)].
(Sangat Lemah)
Daripada al-Hasan daripada Nabi SAW beginda bersabda: “Sesiapa yang menunaikan zakat hartanya, maka dia telah menunaikan hak (yang wajib) ke atasnya, dan sesiapa yang menambah lagi (bersedekah) maka ia lebih baik.”
[Riwayat Abu Daud dalam al-Marasil, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1568].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.