Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من أَدَّى زكاةَ مالِهِ، فقد أَدَّى الحقَّ الذي عليه، ومن زاد فهو أفضلُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menunaikan zakat hartanya, maka dia telah menunaikan hak (yang wajib) ke atasnya, dan sesiapa yang menambah lagi (bersedekah) maka ia lebih baik.
Sahabat Perawi
- al-Hasan
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 869, hadis no. 4445. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن الحسن عن النبي -صلى الله عليه وسلم- قال: ((من أدى زكاة ماله، فقد أدى الحق الذي عليه، ومن زاد فهو أفضل)). [أبو داود في ((المراسيل))، هق، ((الضعيفة)) (1568)].
(Sangat Lemah) Daripada al-Hasan daripada Nabi SAW beginda bersabda: “Sesiapa yang menunaikan zakat hartanya, maka dia telah menunaikan hak (yang wajib) ke atasnya, dan sesiapa yang menambah lagi (bersedekah) maka ia lebih baik.” [Riwayat Abu Daud dalam al-Marasil, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1568].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman