Sesiapa yang menunaikan untuk muslim hajat daripada hajat-hajat dunia

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من قضى لمسلم حاجة من حوائج الدنيا قضى الله له اثنتين وسبعين حاجة أسهلها المغفرة.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang menunaikan untuk muslim hajat daripada hajat-hajat dunia Allah akan menunaikan baginya tujuh puluh dua hajat yang paling ringan darinya adalah pengampunan.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 74, hadis nombor 30. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه الخطيب عن أنس وفي إسناده [دينار ورواه أبو نعيم عن ثوبان بنحوه وفي إسناده _ ] فرقد.

Al-Khatib meriwayatkan daripada Anas yang mana dalam sanadnya terdapat perawi bernama Dinar, Abu Nuaim meriwayatkan daripada Thauban yang sama sepertinya dan pada sanadnya terdapat perawi bernama Farqad.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs