Sesiapa yang menunaikan solat sunat duha sebanyak dua rakaat

TEKS BAHASA ARAB

من صلى سبحة الضحى ركعتين إيمانا واحتسابا كتب له مائتا حسنة ومحي عنه مائتا سيئة ورفع له مائتا درجة وغفر له ذنوبه وكلها ما تقدم منها وما تأخر إلا القصاص والكبائر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menunaikan solat sunat duha sebanyak dua rakaat dengan penuh keimanan dan keinsafan, maka akan ditulis baginya dua ratus kebaikan dan akan dipadamkan daripadanya dua ratus kejahatan. Begitu juga akan diangkat sebanyak dua ratus darjat, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu dan akan datang melainkan jika dosa tersebut melibatkan hukum qisas atau dosa besar.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 49. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

إلى آخر ما ذكر ثواب الأربع والست إلى اثنا عشر بقدر ذلك: قال ابن حجر هذا كذاب مختلق وإسناده مظلم مجهول.

Pada akhir hadis ini disebutkan tentang pahala empat, enam sehingga dua belas rakaat. Ibn Hajar berkata: Hadis ini adalah satu pendustaan yang direka-reka. Sanadnya kelam tidak diketahui perawinya.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs