Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن صلَّى بين المغربِ و العشاءِ عشرينَ ركعةً؛ بنَى اللهُ لهُ بيتًا في الجنَّةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menunaikan solat (sunat) 20 rakaat antara Maghrib dan Isyak, Allah akan membina untuknya satu rumah di dalam syurga.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 347, hadis no. 1824. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعًا: «من صلى بين المغرب والعشاء عشرين ركعة؛ بنى الله له بيتا في الجنة». [هــ، ابن شاهين، «الضعيفة» (467)]
(Palsu) Daripada ‘Ā`ishah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Sesiapa yang menunaikan solat (sunat) 20 rakaat antara Maghrib dan Isyak, Allah akan membina untuknya satu rumah di dalam syurga. [Riwayat Ibn Mājah dalam Sunannya, Ibn Syāhīn dalam kitab al-Targhīb wa al-Tarhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 467]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman