Sesiapa yang menunaikan solat subuh secara berjemaah

TEKS BAHASA ARAB

من صلى الفجر في جماعة ثم اعتكف إلى طلوع الشمس ثم صلى أربع ركعات في الأولى آية الكرسي ثلاثا والإخلاص وفي الثانية والشمس وفي الثالثة والسماء والطارق وفي الرابعة آية الكرسي والإخلاص ثلاث مرات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menunaikan solat subuh secara berjemaah. Kemudian dia beriktikaf sehingga matahari terbit kemudian dia menunaikan solat empat rakaat. Pada rakaat pertama membaca ayat Kursi tiga kali dan Surah al-Ikhlas. Pada rakaat kedua membaca Surah al-Syam. Pada rakaat ketiga membaca Surah al-Tariq dan pada rakaat keempat membaca ayat Kursi dan Surah al-Ikhlas tiga kali.

STATUS

Terdapat perawi pemalsu hadis pada sanadnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 47. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في الذيل من صلى الفجر في جماعة ثم اعتكف إلى طلوع الشمس ثم صلى أربع ركعات في الأولى آية الكرسي ثلاثا والإخلاص وفي الثانية والشمس وفي الثالثة والسماء والطارق وفي الرابعة آية الكرسي والإخلاص ثلاث مرات» وذكر ثوابه فيه نوح بن أبي مريم المشهور بالوضع.

Di dalam kitab al-Zayl:
“Sesiapa yang menunaikan solat subuh secara berjemaah. Kemudian dia beriktikaf sehingga matahari terbit kemudian dia menunaikan solat empat rakaat. Pada rakaat pertama membaca ayat Kursi tiga kali dan Surah al-Ikhlas. Pada rakaat kedua membaca Surah al-Syam. Pada rakaat ketiga membaca Surah al-Tariq dan pada rakaat keempat membaca ayat Kursi dan Surah al-Ikhlas tiga kali.”
Di dalam hadith ini ada disebutkan pahala menunaikan solat tersebut. Ia disebutkan oleh Nuh Bin Abu Maryam. Beliau seorang yang terkenal dengan perbuatan memalsukan hadith.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs