Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, kemudian membaca: (surah al-Ikhlas) sebanyak seratus kali sebelum dia berkata-kata

TEKS BAHASA ARAB

من صلى الصبح، ثم قرأ: {قل هو الله أحد} مائة مرة قبل أن يتكلم، فكلما قرأ: {قل هو الله أحد}، غفر له ذنب سنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, kemudian membaca: {قل هو الله أحد} (surah al-Ikhlas) sebanyak seratus kali sebelum dia berkata-kata, maka bagi setiap kali dia membaca: {قل هو الله أحد}, diampunkan baginya dosa setahun.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 347, hadis nombor 1826. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أسماء بنت واثلة بن الأسقع، قالت: كان أبي إذا صلى الصبح؛ جلس مستقبل القبلة لا يتكلم حتى تطلع الشمس، فربما كلمته في الحاجة، فلا يكلمني، فقلت: ما هذا؟ فقال: ((من صلى الصبح، ثم قرأ: {قل هو الله أحد} مائة مرة قبل أن يتكلم، فكلما قرأ: {قل هو الله أحد}، غفر له ذنب سنة)).
[طب، ك، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (405)]

(Palsu) Daripada Asmā’ binti Wāthilah bin al-Asqa’, beliau telah berkata: Menjadi kebiasaan ayahku selepas solat Subuh, dia akan duduk menghadap kiblat tidak berkata-kata sehingga terbit matahari. Maka terkadang aku bercakap dengannya mengenai satu keperluan, tetapi dia tidak membalas (percakapanku). Lalu aku bertanya: Apakah semua ini? Maka ayahku menjawab: Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, kemudian membaca: {قل هو الله أحد} (surah al-Ikhlas) sebanyak seratus kali sebelum dia berkata-kata, maka bagi setiap kali dia membaca: {قل هو الله أحد}, diampunkan baginya dosa setahun.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 405]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs