Sesiapa yang menunaikan solat subuh di masjid

TEKS BAHASA ARAB

من صلى الغداة في مسجده ثم جلس يذكر الله إلى أن تطلع الشمس فإذا طلعت حمد الله وقام فصلى ركعتين إلا أعطاه الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menunaikan solat subuh di masjid berdekatan dengannya kemudian dia duduk berzikir mengingati Allah sehingga matahari terbit. Apabila matahari terbit dia memuji Allah dan bangun menunaikan solat dua rakaat. Maka Allah akan berikan apa sahaja kepadanya.

STATUS

Terdapat perawi bermasalah pada sanadnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 47. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فيه إبراهيم بن حيان ساقط وقيل ضعيف يحدث عن الثقات بالموضوعات.

Di dalam sanad hadith ini terdapat Ibrahim Bin Hayyan beliau adalah perawi yang saqit. Ada pandangan menyebut beliau adalah perawi daif yang meriwayatkan daripada perawi thiqah dengan hadith-hadith palsu.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs