Terdapat perawi bermasalah pada sanadnya
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ صَلَّى يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ مِائَةَ مَرَّةٍ فَقَدْ أَدَّى حَقَّ الْجُمُعَةِ كَمَا أَدَّتْ حَمَلَةُ الْعَرْشِ مِنْ حق الْعَرْش.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menunaikan solat pada hari Jumaat sebanyak empat rakaat yang mana dia membaca pada setiap rakaat Qul Huwallahu Ahad sebanyak 100 kali, maka dia telah menunaikan hak Jumaat yang sebenarnya sepertimana pemegang arasy menunaikan hak arasy.
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Terdapat perawi bermasalah pada sanadnya
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 43. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
فيه مروان بن محمد ذاهب الحديث.
Di dalam sanadnya terdapat Marwan bin Muhammad. Beliau telah kehilangan hadith-hadith yang pernah beliau terima.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman