Sesiapa yang menunaikan solat namun dia tidak mendoakan orang

TEKS BAHASA ARAB

من صلى صلاة لم يدع فيها للمؤمنين والمؤمنات فصلاته خداج.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menunaikan solat namun dia tidak mendoakan orang mukmin sama ada lelaki atau wanita dalam solatnya, maka solatnya adalah solat yang penuh kekurangan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 39. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فيه نوح بن ذكوان ليس بشيء وسويد متروك.

Dalam sanadnya terdapat Nuh bin Zakwan. Beliau tidak mempunyai kelayakan untuk meriwayatkan hadith. Suwaid pula adalah perawi Matruk.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs