Sesiapa yang menunaikan solat malam pada dua malam hari raya

TEKS BAHASA ARAB

من قام ليلتي العيدين محتسبا لله؛ لم يمت قلبه يوم تموت القلوب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menunaikan solat malam pada dua malam hari raya dengan mengharapkan ganjaran daripada Allah, nescaya jiwanya tidak akan mati pada hari matinya jiwa-jiwa.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 355, hadis nombor 1885. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي أمامة – رضي الله عنه – مرفوعا: «مَن قامَ ليلتيِ العيدينِ محتسبًا للَّهِ؛ لم يمت قلبُهُ يومَ تموتُ القلوبُ». [هـ، «الضعيفة» (521)].

(Sangat Lemah) Daripada Abu Umamah RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sesiapa yang menunaikan solat malam pada dua malam hari raya dengan mengharapkan ganjaran daripada Allah, nescaya jiwanya tidak akan mati pada hari matinya jiwa-jiwa". [Diriwayatkan oleh Ibn Majah dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 521].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs