Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن قامَ ليلتيِ العيدينِ محتسبًا للَّهِ؛ لم يمت قلبُهُ يومَ تموتُ القلوبُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menunaikan solat malam pada dua malam hari raya dengan mengharapkan ganjaran daripada Allah, nescaya jiwanya tidak akan mati pada hari matinya jiwa-jiwa.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 355, hadis no. 1885. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي أمامة - رضي الله عنه - مرفوعا: «مَن قامَ ليلتيِ العيدينِ محتسبًا للَّهِ؛ لم يمت قلبُهُ يومَ تموتُ القلوبُ». [هـ، «الضعيفة» (521)].
(Terlalu Daif) Daripada Abu Umamah RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sesiapa yang menunaikan solat malam pada dua malam hari raya dengan mengharapkan ganjaran daripada Allah, nescaya jiwanya tidak akan mati pada hari matinya jiwa-jiwa". [Diriwayatkan oleh Ibn Majah dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 521].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman