Sesiapa yang menunaikan solat Isya’ secara berjemaah

TEKS BAHASA ARAB

من صلى العشاء في جماعة، فقد أخذ بحظه من ليلة القدر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menunaikan solat Isya’ secara berjemaah, maka dia telah mendapat bahagiannya dari (ganjaran seperti beribadah pada) malam al-Qadar.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 258, hadis nombor 1338. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي أمامة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((من صلى العشاء في جماعة، فقد أخذ بحظه من ليلة القدر)). [طب، ((الضعيفة)) (2445)]

(Palsu)
Daripada Abu Umamah RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menunaikan solat Isya’ secara berjemaah, maka dia telah mendapat bahagiannya dari (ganjaran seperti beribadah pada) malam al-Qadar.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2445]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs